Monday, August 3, 2009

Kes H1N1 menggemparkan dunia. Bermula wabak dari Mexico hingga tersebar ke seluruh dunia malahan merebak melanda Malaysia hingga membawa kepada beberapa kematian amat membimbangkan. Kesannya banyak institusi terutamanya sektor pendidikan telah ditutup sementara dan sehingga artikel ini ditulis, masih lagi berlaku penutupan demi penutupan. Terbaru, seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak menjadi mangsa wabak ini sehingga membawa kepada kematian. Anaknya disahkan bebas H1N1 tetapi si ibu telah pergi menghadap Ilahi. Begitu tragis sekali.Ura - ura darurat kesihatan oleh kerajaan dek penularan kematian penyakit ini mula kedengaran. Jika daruat ini benar-benar berlaku, sudah tentu kelak menjadi lipatan sejarah negara yang tidak boleh dilupakan.

Suratan tragedi ini hakikatnya perlu diterima dengan redha. Ketentuan Ilahi telah tercatat. Namun di sebalik kejadian yang berlaku sebenarnya mengajak kita merenung dan berfikir apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Maha Pencipta pada umatNya. Satu demi persatu penyakit yang melanda muncul. Bermula dengan JE nya kemudian datang pula penyakit Selsema Burung disusuli pula penyakit chikukunga dan mutakhir pula H1N1.

Kepesatan teknologi pada abad ini seolah seiring dengan penyakit - penyakit misteri ini.Seolah penyakit - penyakit misteri cuba menyaingi kecanggihan teknologi. Natijahnya, kemajuan teknologi perubatan kurang mampu mencari penawar. Sebab itu digelar misteri.

Jika diselusuri dari sudut hikmahnya, seolah Maha Pencipta murka kepada makhluk bernama manusia khususnya umat Islam. Umat Islam kini banyak yang terpesong tanpa sedar. Amalan yang dilakukan banyak yang menyimpang.Kepuasan diri menguasai walaupun diri menyedari betapa syariat sedang dilanggari.Dosa pahala dibuang ketepi tanpa sedikitpun rasa malu pada Ilahi.

No comments:

Post a Comment