Saturday, August 6, 2011

Paderi Masuk Islam kerana berjumpa nabi Isa?

30 Julai 2011 lalu sewaktu menghadiri seminar perubatan Islam Kiswah di Kolej Profesional MARA Bandar penawar, saya telah bertemu dengan seorang bekas paderi Kristian Singapura berbangsa cina yang turut sama mengikuti program tersebut. Teruja hati untuk bertanya beliau bagaimana seorang paderi yang pastinya memiliki ilmu kristian yang mendalam boleh 'terjerat' hatinya untuk menganut agama Islam yang sememangnya menjadi musuh tradisinya selama ini.

Pada mulanya saya merasakan tentunya kisah yang bakal saya dengar merupakan kisah - kisah biasa di corong - corong radio terutama yang sering diperdengarkan di IKIM.Fm tentang kenapa saya menganut islam. Namun cerita yang didengari kali ini cukup berbeza!

Menurut beliau pada suatu pagi ketika beliau dalam keadaan separuh sedar, beliau yang kini bernama Mohd firdaus bin Abdullah atau Peter Khoo, nama asal sebelum memeluk Islam telah di datangi seorang hamba Allah yang tingginya melebihi 6 kaki dengan jambang hingga ke paras dada berwarna keperang-perangan mendakwa dirinya Nabi Isa. Ketika itu beliau melihat hamba Allah yang berpakaian jubah serba putih ini dengan raut wajah yang amat tenang dan jernih begitu mempersonakannya. Namun beliau kehairanan apabila melihat jam di dinding gereja tepat pukul 4 pagi terus tidak bergerak seolah-oleh mati kaku apabila muncul kelibat hamba Allah yang memperkenalkan dirinya sebagai Nabi Isa itu. Masa seolah-olah terhenti seperti ada sesuatu yang menghentikannya. Beliau ketika itu meyakini itulah nabi isa, jesus kristian yang sebenar.

Namun Hamba Allah itu menjelaskan tujuan kehadirannya turun dari langit adalah atas perintah Allah kerana ingin membetulkan akidah beliau. Agak kehairanan timbul di fikiran beliau kerana agama yang sedang dianuti ini tentunya ajaran jesus yang dibawa oleh nabi Isa yang sedang berdiri di hadapan beliau. Persoalan itu lantas diperjelaskan oleh Nabi Isa bahawa semua itu adalah pembohongan semata - mata untuk menyesatkan akidah manusia oleh Syaitan Laknatullah.

Beliau kaget seketika lalu mempersoalkan bukankah Isa di salib!. Hamba Allah itu kemudian menjelaskan sebelum dakwaan mengatakan beliau di salib, Allah telah mengangkatnya ke langit dan dengan izin Allah seorang yang iras wajah Isa disalibkan.

Saya lantas bertanya kepada saudara Firdaus, apakah bahasa yang digunakan ketika pertemuan itu. Beliau menjelaskan tiada sebarang komunikasi berlaku tetapi hanya menggunakan bahasa hati kerana masing - masing memahami interaksi tersebut.

Selepas pertemuan hampir 30 minit itu, beliau memaklumkan kepada saya yang jam di dinding gereja yang pada asalnya 4 pagi selama 3 hari tidak bergerak walaupun telah digantikan bateri yang baru. Beliau kemudian menceritakan kepada ketua paderi di situ tentang segala yang berlaku sambil mempersoalkan benarkah dakwaan hamba Allah yang mendakwa Nabi Isa itu tentang pembohongan kristian itu. Jawapan yang diberi ketua paderi tersebut ternyata mengukuhkan lagi penipuan Kristian bila mana dia mengakui agama yang sedang dianuti itu telah lari daripada Kitab Injil asal yang dibawa oleh nabi Isa. Malah ketua paderi itu menasihatkan agar tidak terlalu memikirkan sangat kerana yang penting periuk nasi mereka terjaga.

Saya cuba mengandaikan betapa cerita saudara Firdaus ini mungkin satu ' cerita yang dibuat-buat' tetapi bila dihayati, dilihat wajah dan perawakan beliau, saya dapat rasakan beliau jujur dalam menceritakan apa yang menimpanya. Subhanallah bertuahnya saudara Firdaus kerana dapat bertemu mata dengan insan pilihan Allah iaitu Nabi Isa Alaihissalam. Saya kemudian melihat satu petikan ayat al-Quran untuk mengesahkan kisah saudara Firdaus itu. Dalam Surah An-Nisaa’ : 157 & 158 berbunyi

"Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.(157)

Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (158)

Ternyata apa yang diceritakan oleh saudara Firdaus bertepatan dengan apa yang dinyatakan al-Quran.

Kini, saudara Firdaus telah bekerja di salah sebuah syarikat cat di Ulu Tiram dan giat mendalami ilmu - ilmu keagamaan. Semoga penghijrahan beliau ke dalam Islam kekal hingga akhir hayat dan sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT.

Saturday, August 22, 2009

SELESEMA BABI : TANDA MURKA ALLAH

Kes H1N1 menggemparkan dunia. Bermula wabak dari Mexico hingga tersebar ke seluruh dunia malahan merebak melanda Malaysia hingga membawa kepada beberapa kematian amat membimbangkan. Kesannya banyak institusi terutamanya sektor pendidikan telah ditutup sementara dan sehingga artikel ini ditulis, masih lagi berlaku penutupan demi penutupan. Seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak turut menjadi mangsa wabak ini sehingga membawa kepada kematian. Anaknya disahkan bebas H1N1 tetapi si ibu telah pergi menghadap Ilahi. Begitu tragis sekali.

Kerajaan juga nampaknya seolah hilang punca bagaimana mengawal penularan wabak ini. Ura - ura 'darurat kesihatan' oleh kerajaan mula kedengaran. Jika daruat ini benar-benar berlaku, sudah tentu menjadi lipatan sejarah negara yang tidak boleh dilupakan.

Sebaiknya pihak kerajaan melalui kementerian yang terlibat dalam hal ehwal agama mengambil panduan dari Rasulullah SAW dalam sebuah hadith sahih yang mafhumnya;

"Jika kamu mendengar di sebuah negeri ada penyakit merbahaya dan berjangkit (seperti taun) maka janganlah kamu pergi ke negeri itu dan jika kamu sedang berada di sebuah negeri yang merebak penyakit itu, maka janganlah kamu keluar daripadanya."

Namun yang kita tahu, mana-mana institusi yang disahkan positif selesema babi akan diarah tutup dan pelajar perlu balik ke rumah masing-masing. Tindakan ini nampaknya bukan menyelesaikan masalah malah semakin mengeruhkan kerana yang positif penyakiti orang sekeliling ke rumah akan menjangkiti yang lain menyebabkan destinasi lain menerimanya. Inilah kesan akibat tidak mengambil panduan dan iktibar dari Islam.

Penguatkuasaan nampak terlalu longgar dan bercelaru. Hospital yang sepatutnya memberi rawatan ke atas penularan wabak ini nampaknya begitu ampuh. Kementerian kesihatan tidak bertegas dalam memastikan semua hospital kerajaan, swasta dan badan kesihatan yang seumpamanya memiliki alat pengesan selesema babi. Kesannya penularan semakin berleluasa.

Suratan tragedi ini hakikatnya perlu diterima dengan redha. Ketentuan Ilahi telah tercatat. Namun di sebalik kejadian yang berlaku sebenarnya mengajak kita merenung dan berfikir apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Maha Pencipta pada umatNya. Satu demi persatu penyakit yang melanda muncul. Bermula dengan JE nya kemudian datang pula penyakit Selsema Burung disusuli pula penyakit Chikukunga dan mutakhir pula Infuenza A H1N1 atau bahasa sepatutnya Selesema Babi.

Kepesatan teknologi pada abad ini seolah seiring dengan penyakit - penyakit misteri ini.Seolah wujud persaingan dengan kecanggihan teknologi. Natijahnya, kemajuan teknologi perubatan walau secanggih mana sekalipun tidak mampu mencari penawar bila Allah berfirman dalam surahYassin yang bermaksud; "Maka jadi, jadilah".

Jika diselusuri dari sudut hikmahnya, seolah Maha Pencipta murka kepada makhluk bernama manusia khususnya umat Islam. Umat Islam kini banyak yang terpesong tanpa sedar. Amalan yang dilakukan banyak yang menyimpang.Kepuasan diri menguasai walaupun diri menyedari betapa syariat sedang dilanggari.Dosa pahala dibuang ketepi tanpa sedikitpun rasa malu pada Ilahi.

Friday, August 21, 2009

Tuesday, August 4, 2009

DAJAL : SIAPAKAH DIA???

Dalam ajaran Islam, Dajal (b. Arab: الدّجّال al-dajjāl "pembohong, penyamar") ialah suatu makhluk jahat yang akan muncul sebelum Hari Kiamat. Dalam ajaran Kristian, Dajal dikenali sebagai Antichrist.

"Dajal" adalah kata Arab lazim, digunakan dalam kata "nabi palsu". Tetapi "Al-Dajal", dengan rencana pasti, merujuk kepada "Si Penyamar", satu pembohong spesifik akhir-masa. Ia adalah layak untuk nota yakni istilah Al-Masih Ad-Dajal (Bahasa Arab untuk "Si Masih Palsu") adalah terjemahan berkait dari istilah Suryani "Meshiha Deghala", dimana telah menjadi kosa kata lazim dari Timur Tengah selama lebih 400 tahun sebelum penurunan al-Quran, melalui Peshitta (dimana menggunakan istilah ini sebalik dari Greek "antichristos").

Sifat-sifat

Dajal tidak disebut dalam al-Quran, tetapi pelbagai hadis Sunah menghuraikan sifat-sifat Dajal, seperti berikut (dimana lazimnya dipercayai oleh Muslim):

  • Dia (Dajal) adalah seorang pemuda yang rambutnya keriting, matanya menyembul keluar, menurut Rasulullah s.a.w. seperti Abdul Uzza bin Qathan. "Hendaknya diantara kamu bertemu dengannya,hendaklah membaca permulaan surat Al-Kahfi"(Sabda Rasulullah s.a.w). Sesungguhnya ia keluar dari jalan antara Syam dan Irak kemudian merusak kanan kirinya.
  • Dia akan fizikalnya berbentuk cacat, dan akan buta pada mata kirinya. Mata kanannya akan berkini tetapi ia akan jadi gelap (hitam). Dalam sebilangan hadith dia dirujuk sebagai satu-mata. Dia akan menunggang keldai putih dimana setiap langkah akan dibentang sebatu, akan makan api dan menghembus asap, terbang atas tanah dan menyeberang laut.
  • Dia akan menipu para imam, mengajar mereka bahawa Syurga ialah Neraka dan sebaliknya.
  • Huruf Arab kaf-fa-ra (kafara, bermaksud "kafir") akan muncul pada dahinya dan akan dibaca oleh Muslim sebenar samada mereka boleh baca ataupun tidak.
  • Dia boleh melihat dan mendengar pelbagai benda di banyak tempat pada masa yang sama.
  • Dia mempunyai kuasa untuk mengelirukan manusia.
  • Dia akan cuba meletakkan manusia pada takhta Tuhan.
  • Suatu hari pada musim kemarau, dia bakal menanya; adakah kau mahu api atau air? Jika anda memilih air itu bermakna yang anda minta adalah api, manakala jika anda minta api yang diberikan ialah air.
  • Dia akan mendakwa diri sebagai Tuhan dan akan menipu manusia dalam berfikir yakni dia telah bangun dari kematian. Salah satu orang khusus akan dia bunuh dan kemudian dia akan kini menghidupkan dia, sesudah itu Allah akan menghidupkan dia. Dia takkan mempunyai kuasa ini lagi. Pada sumber lain (menurut kepada siri Akhirat oleh Anwar al-Awlaki), seorang lelaki beriman akan datang dari Madinah terus ke Dajal, berdiri pada atas Uhud, dan dengan beraninya mendakwa Dajal adalah Dajal. Dajal kemudian akan menyoalnya: "Adakah anda akan percayakan saya (yakni sayalah tuhan) jika saya bunuh anda dan kemudian menghidupkan anda?". Dajal akan melakukan sedemikian dan selepas penghidupannya lelaki beriman akan berkata bahawa dia semakin tidak percayakan kepada ketuhanan Dajal.
  • Sesiapa yang menolak dan enggan percaya dengannya akan menderita kemarau dan kebuluran manakala sesiapa yang menerimanya akan hidup dalam kehidupan senang.
  • Sesetengah tradisi Islam mengaitkan yakni dia akan muncul pada Isfahan, dan dia akan membawa Yahudi Isfahan dan ramai bekas Muslim dan bekas Kristian menyokongnya.
  • Dia tidak berupaya memasuki Makkah atau Madinah.
  • Imam Mahdi akan menentangnya dengan nama Islam.
  • Dia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. (Jesus) dekat pagar Ludd, di mana Israel terdapat kini.

Perlindungan dari Dajal

Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, "Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal." Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.

Monday, August 3, 2009

Kes H1N1 menggemparkan dunia. Bermula wabak dari Mexico hingga tersebar ke seluruh dunia malahan merebak melanda Malaysia hingga membawa kepada beberapa kematian amat membimbangkan. Kesannya banyak institusi terutamanya sektor pendidikan telah ditutup sementara dan sehingga artikel ini ditulis, masih lagi berlaku penutupan demi penutupan. Terbaru, seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak menjadi mangsa wabak ini sehingga membawa kepada kematian. Anaknya disahkan bebas H1N1 tetapi si ibu telah pergi menghadap Ilahi. Begitu tragis sekali.Ura - ura darurat kesihatan oleh kerajaan dek penularan kematian penyakit ini mula kedengaran. Jika daruat ini benar-benar berlaku, sudah tentu kelak menjadi lipatan sejarah negara yang tidak boleh dilupakan.

Suratan tragedi ini hakikatnya perlu diterima dengan redha. Ketentuan Ilahi telah tercatat. Namun di sebalik kejadian yang berlaku sebenarnya mengajak kita merenung dan berfikir apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Maha Pencipta pada umatNya. Satu demi persatu penyakit yang melanda muncul. Bermula dengan JE nya kemudian datang pula penyakit Selsema Burung disusuli pula penyakit chikukunga dan mutakhir pula H1N1.

Kepesatan teknologi pada abad ini seolah seiring dengan penyakit - penyakit misteri ini.Seolah penyakit - penyakit misteri cuba menyaingi kecanggihan teknologi. Natijahnya, kemajuan teknologi perubatan kurang mampu mencari penawar. Sebab itu digelar misteri.

Jika diselusuri dari sudut hikmahnya, seolah Maha Pencipta murka kepada makhluk bernama manusia khususnya umat Islam. Umat Islam kini banyak yang terpesong tanpa sedar. Amalan yang dilakukan banyak yang menyimpang.Kepuasan diri menguasai walaupun diri menyedari betapa syariat sedang dilanggari.Dosa pahala dibuang ketepi tanpa sedikitpun rasa malu pada Ilahi.

Ragam pemikiran manusia

Assalamualaikum kepada rakan pembaca sekelian. Semoga kalian yang membaca tinta ini diberkati Allah hendaknya. Dalam ruangan ini, saya ingin berkongsi satu kisah tentang kejahilan manusia yang kalau dilayan boleh menyebabkan kita terpengaruh malah tergelincir akidah, Nauzubillahhiminzalik.

Suatu petang saya mendapatkan rawatan urut akibat kemalangan kecil di 'rumah'. Sambil berurut saya berbual dengan lelaki Indonesia yang sudah hampir 6 tahun menetap di Malaysia. Permulaan bicara, dia bertanya kepada saya tentang pandangan saya mengenai kes pengeboman di Jakarta baru-baru ini hingga menyebabkan pemain bola sepak 'MU' membatalkan hasrat bermain di Indonesia dalam siri jelajah Asia. Saya secara peribadi berpandangan tindakan nekad mengebom hotel bukan langkah yang patut dilakukan kerana banyak nyawa tidak berdosa menjadi mangsa. Lagipun Islam tidak menuntut tindakan sedemikian dilakukan. Soal penentuan status sama ada yang dilakukan itu 'jihad' atau sebaliknya hanya Allah jua yang Mengetahui. Saya tidak ada hak untuk menghukumnya. Pandangan saya dipersetujui 'Bang Romie',tukang urut warga Indonesia itu yang sependapat dengan saya.

Beliau bertanya saya sama ada sudah makan atau belum. Saya lantas menjawab yang saya berpuasa sunat Isnin. Beliau mempersoalkan puasa sunat Isnin dengan sebaliknya mengatakan puasa yang sunah ialah waktu hari Lahir kita memandangkan baginda berpuasa hari Isnin kerana kelahiran baginda pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah. Saya tersenyum dan hanya termangu sambil mendiamkan diri.

Beliau bercerita pula tentang 'solat Jumaat'. Berdasarkan ajaran 'Guru' beliau sewaktu di Indonesia dikawasan Jawa Tengah (Bang Romie ini berasal dari Jawa Tengah), solat Jumaat bukan termasuk dalam solat Fardhu. Maka solat 'Jumaat' tidak perlu dilakukan di masjid sebaliknya boleh dilakukan bila - bila masa sama ada selepas asar atau maghrib atau bila-bila. Justeru, solat zohor mesti dilaksanakan. Saya terus terpinga tapi tetap mengukirkan senyuman tanda merespon perbicaraan Bang Romie itu.

Telinga saya pula kali ini terdengar nama 'Ayah Pin' disebut oleh Bang Romie. Wah, glamour juga Ayah Pin hingga orang Indonesia di Malaysia mengenalinya. Bang Romie menyatakan kekecewaan kerana Ayah Pin dicerca ramai orang sedangkan beliau ini patut diberi ruang berdakwah kepada agama lain. Ini kerana bagi Bang Romie, Ayah Pin wajar diberi pengikhtirafan kerana penganut agama lain menyanjungi beliau hinggakan kalau sesiapa yang pernah melihat vcD 'Ayah Pin, akan terkejut melihat sami India dan beberapa orang penganut agama Hindu minum air dalam bekas yang diletakkan susu lembu dengan kaki ayah pin berada dalamnya sambil dikalungkan bunga tanda pengikhtirafan sewaktu di Batu Caves.

Wah, terkejut lagi saya dan seperti biasa saya masih terpinga sambil ukiran senyuman tanda merespon bicara Bang Romie.

Kali ini beliau bercerita pasal Tsunami di Acheh. Katanya bencana Tsunami di Acheh adalah balasan kerana di sana adalah pusat tembakau terbesar dan merupakan hasil kepada Acheh. Itu saya tidak terpinga kerana mungkin ada benarnya dan anggukan pertama saya beri tanda bersetuju dengan Bang Romie.

Rawatan berurut akhirnya selesai. Saya kemudiannya mengucapkan terima kasih pada Bang Romie sambil melangkah keluar dengan beberapa kebimbangan. Adakah ramai yang berpandangan seperti 'Bang Romie'?...Terlalu mudah umat Islam tergelincir bila ilmu asas agama amat kurang sebaliknya dipelajari membabi buta. Renung-renungkanlah. Wallahhualam.

Salam meniti pena


Hari ini saya bertemu dengan rakan baik Muhamad....rakan seperjuangan semenjak dari sekolah menengah lagi...Dapat ilmu baru membuat blog dari beliau.....